Orang Malaysia memerlukan satu sistem pendidikan. Produk sistem pendidikan Malaysia perlu keluar daripada 1 saluran yang sama. Oleh itu sistem pendidikan mesti seragam dan memenuhi keperluan semua.
Sekolah SRJKC dan SRJKT perlu menyertai sistem persekolahan ini. Sekolah vernakular perlu diganti dengan 1 Sekolah Semua Bahasa. Apabila istem pendidikan rendah dan menengah yang mewajibkan pembelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, tiada alasan lagi untuk semua pihak mempertahankan sekolah jenis aliran.
Langkah ini juga baik kepada anak-anak kita, kerana mereka berpeluang mempelajari banyak bahasa sebagai suatu bekalan kepada alam pekerjaan mereka. Tanpa mengurangkan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, murid-murid sistem persekolahan 1 Sekolah Semua Bahasa mempunyai nilai tambah yang tinggi.
Kemahiran menguasai pelbagai bahasa dalam jangka masa panjang bakal menerbitkan kualiti integrasi kaum yang jauh lebih baik di Malaysia.
Kami sangat berharap agar anda semua menyokong gagasan ini dengan menyertai petisyen ini.
One School All Language!
↧
1 Sekolah Semua Bahasa
↧